Pasukan Anggota keselamatan malaysia memberitahu bahawa orang yang ditangkap pada sabtu adalah salah satu Pengganas Sulu berpangkat Panglima Tentera Sulu.
Timbalan Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa lelaki yang ditangkap ialah Datu Amir Bahar Hushin Kiram,40. Pasukan keselamatan menangkap beliau sabtu lepas bersama-sama dengan isterinya dikawasan berpaya pada jam 1.30 pagi.
Dia selaku panglima tentera sulu yang memberi arahan kepada orangnya menyerang sejak Pencerobohan Pengganas Sulu di Lahad Datu Sabah.
Amir Bahar kini ditahan oleh pasukan keselamatan di bawah Akta kesalahan Keselamatan Negara. (SOMSA)
Sehingga kini jumlah yang ditangkap berkaitan dengan Pengganas Sulu dalam OPS Daulat sebanyak 416 orang manakala separuh daripadanya sebanyak 110 ditahan bawah SOSMA.
Labels: Isu Lahad Datu
Responses
0 Respones to "Pengganas: Panglima Tentera Sulu Ditangkap Hidup-Hidup"
Post a Comment