Pak mie hero menyelamatkan ratusan anjing



pak mie hero
Kerana terharu dengan cerita Pak Mie dan isterinya, dengan itu tergerak hati ingin menulis tentang kisah mereka berdua. Terharu sangat melihat video pendek tentang kehidupan mereka menjaga dan menyayangi anjing-anjing itu. Anda boleh tengok videonya disini [Link]

Pasangan ini telah menyelamatka ratusan anjing terbiar dan memelihara mereka dari dulu sejak bertahun-tahun lagi. Kerana cinta dan sayangnya mereka dengan haiwan terutama anjing, tiada yang dapat menghalang mereka meneruskan perjuangan mereka walaupun mendapat cacian dari segelintir orang dan pernah dianggap gila.

Segelintir Masyarakat melayu membalas kebaikan dan titik peluh pasangan ini dengan makian dan cemuhan, hanya kerana mereka menjaga anjing. Umat islam keliru dengan hukum haram memegang anjing sedangkan islam sendiri menyuruh berbakti kepada semua haiwan.
pak mie penjaga anjing

Betapa kuatnya semangat pasangan ini mengerah kudrat 24jam setiap hari menjaga haiwan-haiwan ini, mereka selalu tidur berdekatan dengan haiwan ini untuk memastikan kejadian yang tidak diingini berlaku dan perbuatan khianat.


Pak Mie akui, tak ramai dari kalangan Melayu Muslim datang memberikan bantuan. Kebanyakan sumbangan diterima daripada orang selain Melayu Muslim. Mereka sibuk mempertikai hukum daripada sibuk membantu.
Mata aku pula yang bergenang air mata, mana mungkin orang macam ini wujud atas muka bumi. Kerjanya siang malam, tanpa gaji walau satu sen, kerjanya bergelumang haiwan, memberi makan dan merawat mereka, tanpa pendapatan, tapi usahanya berbakti kepada haiwan dibayar dengan cemuhan masyarakat?

Sekarang ini pasangan ini telah menjaga hampir 500 anjing dan 200 kucing, ada yang diambil sekitar Alor Setar dan ada juga yang dihantar oleh insan-insan prihatin dari serata semenanjung.
sangkar haiwan pak mie

Pak Mie memerlukan kos yang tinggi untuk membeli makanan, ubat-ubatan untuk haiwan ini. Mereka juga ingin menambah sangkar yang besar jika mempunyai duit yang cukup kerana haiwan ini semakin bertambah.

Anda boleh memberi sumbangan kepada mereka melalui akaun ini:


Nama: MD AZMI BIN ISMAIL
Akaun HONG LEONG BANK
164-51-48271-4 3

No Telefon Pak Mi  - 012-4090489

Atau melalui Donat paypal
sila ke laman web Pak Mie Shelter




Ini akaun Facebook Pak Mie Shelter

P/S: Share le seberapa banyak yang boleh, semoga boleh menyedarkan masyarakat malaysia terutama melayu muslim. Hukum haram bukan satu lesen untuk anda membiarkan, menghina, mencaci haiwan ini. Terima Kasih Banyak-Banyak Kepada Pak Mie dan isterinya kerana menjaga anjing dan kucing terbiar ini, semoga ALLAH memberkati perjuangan mereka dan balasan pahala kepada mereka. Ikhlas dari pihak blogaul.


3 comments:

  1. kalau ada orang baik2 mcm ni banyak kat dunia. komfem aman. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasal, sedih saya rasa apabila orang sangup mencaci orang macam ni.

      Delete
  2. Sedihnya ada orang sanggup halau Pak Mie kerna Pak Mie menjaga binatang haram ..

    ReplyDelete

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors