RM1,000 BR1M 3.0 akan datang




BR1M 3.0
Kenaikan dari RM500 ke RM1,000 dijangka diberi untuk BR1M 3.0 pada setiap orang yang mempunyai tanggungan, bagi bantuan untuk orang bujang pula akan naik RM250 ke RM500.

Bantuan BR1M telah diperkenalkan pada tahun lalu, ia telah beri manfaat kepada 4.3 juta rakyat kurang berkemampuan di seluruh negara.

Pemberian bantuan ini menjadi tanda tanya, adakah ia untuk politik atau ikhlas untuk rakyat ? kebetulan pilihan raya umum pun semakin dekat dan pemberian bantuan ini semakin rancak apabila BR1M 2.0 pula telah diberi.

Penjelasan dari kerajaan pemberian bantuan ini hasil pendapatan dan cukai yang memberangsangkan disebabkan itulah bantuan ini disalurkan untuk membalas jasa rakyat.

Yang tidak sedap didengar:

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bahawa BR1M akan diteruskan dengan jaminan parti BN apabila mereka diberi mandat besar untuk memenangi pilihan raya umum tahun ini.
"jika rezeki bertambah, bantuan akan ditambah menjadi RM1,000. Habis tolak BN bermakna tolak rezekilah namanya".

Dari segi cara percakapan Muhyiddin Yassin ni, macam kira ugutan untuk mengundi BN. Rakyat malaysia sangat-sangat berterima kasih dengan bantuan itu tapi jika betul nak membantu rakyat tidak perlulah beri ucapan macam tu. Cakap tadi nak balas jasa rakyat!

Saya tidak berpihak mana-mana PARTI, Masing-masing ada kesalahan bagi Kerajaan mahupun pembangkang.



1 comment:

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors