1. Jangan guna facebook untuk album gambar
Anda boleh upload apa-apa je gambar di facebook tapi jangan gunakan facebook sebagai simpanan gambar-gambar anda, pastikan gambar original disimpan di computer atau memori kad ini kerana facebook terkenal menurunkan kualiti gambar ke tahap yang sangat rendah. Gambar asal 10MB turun ke 10KB, sudah pasti kualiti gambar itu menurun dan semakin kabur.
2. Jangan berkongsi maklumat peribadi
Kerana terlalu banyak berkongsi maklumat peribadi, tidak mustahil anda boleh kerugian dari segi masa dan duit. Jangan kongsi email, alamat rumah, gambar rahsia, atau apa sahaja. Ramai yang lupa bahawa laman sosial boleh memberi kesan yang teruk, terlalu banyak penipuan, dimalukan, kecurian identiti, kerugian sering dikaitkan dengan facebook. So berhati-hati semasa berkongsi maklumat.
Tips: Login Facebook menggunakan nombor telefon yang di save dalam facebook, ini bagi menyelamatkan email anda dari dicuri oleh orang untuk tujuan tertentu terutama sekali online di cyber cafe.
3. Jangan lepaskan geram kepada kekasih
Pasangan kekasih bergaduh, memberontak di facebook adalah kesilapan yang tidak patut diamalkan. Meluahkan perasaan kepada kekasih setelah ditinggalkan, memaki hamun "pergi jahanam kau, bukan kau seorang je lelaki/pompuan", "dia ingat dia seorang je adalah skandal, saya lagi ramai". Kenapa perlu postkan emosi pada pengguna facebook, cukuplah bermesej di telefon dia je. Bila ia jadi tontonan umum, orang akan anggap anda sebagai kebudak-budakkan, tidak penyabar, terlalu emosional atau kurang siuman. Orang akan menjauhi anda kerana mempamerkan kebodohan anda sendiri.
4. Ghairah mengumpul ramai kawan
Sesetengah orang berbangga dengan beribu-ribu senarai kawan dalam facebook dia, terlalu ghairah menerima add dari orang yang tidak dikenali hanya kerana ingin ramai kawan. Ya betul kawan biar seribu, musuh biar satu tapi apa guna ramai kawan facebook atas angin yang langsung tidak aktif atau terlebih aktif. Ini akan membuang masa anda dan membuat anda sibuk melayan mereka kecuali kawan yang betul-betul ingin berhubung dengan anda. Saya sendiri mempunyai beribu senarai kawan dalam facebook tapi tidak berhubung langsung pun, yang berhubung kebanyakkan dari kawan blogger atau kawan bisnes malah mereka sahaja ni la yang selalu online jadi saya sudah kurangkan senarai kawan saya ke tahap yang sedikit.
Bagi yang mengumpul beribu-ribu kawan tidak dikenali, selepas itu apa yang berlaku? habukkan? mungkin kamu sedang mengurangkan kawan kerana tidak ada guna mempunyai hanya ramai kawan tapi habuk tada.
5. Berbahasa Inggeris
Jangan berbahasa Inggeris jika melihat kamus, penggunaan Inggeris hanya di tahap budak sekolah rendah tapi meng-post status mengalahkan orang putih. Masalah utama bahasa Inggeris jika salah ejaan atau silap, ia akan menjadi pelik dan janggal serta memalukan diri sendiri. Ia tidak sama dalam kamus apabila bercakap. Gunalah bahasa ibunda yang anda mahir, tidak salah menggunakan bahasa Inggeris tapi jangan terlalu kerap sehingga orang lain berasa meluat dengan bahasa Inggeris budak tadika anda tu.
6. Menyertai group dan fan page
Jauhilah dari group fan page yang tidak berguna langsung dan karut, ramai yang menubuhkan group atau page yang diminati mereka tapi tidak diminati oleh orang lain. Jangan layan apabila ada kawan suruh like fan page pelik dia. Contoh: "fan page pokok durian" atau "group kaki busuk", untuk apa ni? jika anda di add, jangan segan silu untuk meninggalkannya. Anda akan sibuk dengan notis posting yang banyak dari fan page atau group yang tidak berguna ini, jika dilayan semua alamatnya nak mandi pun susah. Cuba ambil keputusan untuk meninggalkan semua ini, anda akan terasa banyak masa dan boleh buat perkara yang berfaedah seperti cari duit. Jika fan Page berita, informasi yang memberi kebaikan pengetahuan seperti fan page BLOGAULDOTCOM ni adalah satu kemestian untuk LIKE hehe.. Labels: Facebook
terbaik~!!!
ReplyDelete