FACEBOOK, 6 perkara tidak patut dilakukan



penjenayah laman sosial facebook
Facebook adalah laman sosial yang paling popular, kebanyakkan orang menghabiskan masa 5jam di laman popular itu. Setiap hari mesti ada penipuan berlaku di facebook, semakin ramai pengguna berkongsi kehidupan harian mereka dengan facebook, tapi tahukah korang ada batas-batas yang perlu dikongsi dan tidak dalam facebook. Berikut adalah perkara yang tidak patut dilakukan dalam Facebook:

1. Mengumunkan Majlis Kahwin
Sering kelihatan pengguna memberitahu majlis perkahwinan dan jemputan kahwin di status mereka, lebih-lebih lagi majlis ditempat awam seperti dewan, padang, mahupun dirumah. Penyangak berusaha mencari majlis terbuka macam ini, facebook adalah tempat utama mereka mencari mangsa. Mereka ini akan datang tanpa diundang tanpa segan silu membuat bising, menganggu tetamu perempuan lagi teruk mereka minum arak. Tuan rumah tidak mampu menghalau mereka kerana takut huru-hara akan berlaku, penyangak ini tidak takut memulakan pergaduhan dalam majlis itu.

2. Jangan dedahkan tempat anda
Ini lagi perangai buruk pengguna masa sekarang, suka meng-post tempat mereka berada "saya berada dibilik" "saya di tandas" "cantiknya air terjun ini,saya lepak seorang kat sini" (contoh). Penjenayah sentiasa mengikuti perkembangan dan menunggu kesempatan mereka yang boleh membahayakan keselamatan anda. Baru-baru ini di china, remaja dirogol dan dibunuh..mangsa dikatakan setiap minit memberitahu kedudukannya di facebook, penjenayah memperolehi maklumat ini untuk mengikutinya dari belakang.

3. Meng-update masa cuti sakit
Jika telah mengambil cuti sakit, janganlah gatal-gatal tangan meng-update status "saya tengah tengok wayang", "saya makan aiskrim", "kami ramai-ramai lepak di restoran". Ramai yang dibuang kerja hanya kerana kebodohannya, lagi teruk jika bos dia didalam senarai kawan facebook. Itu ertinya menjerat diri sendiri! Pergilah kerja jangan malas kerana itulah gaji anda dibayar.

4. Jangan layan add akaun hantu
Selalu menerima add dari akaun hantu, maksud saya bukanlah hantu betul yang add tapi mereka yang menggunakan gambar zombie, hantu, binatang, artis serta menggunakan nama botol, kipas lipas, stokin. Jangan terima kecuali orang yang betul-betul anda kenali. Biarlah akaun hantu berkawan dengan hantu, takut betul-betul lipas yang add kamu..hihi
Kemungkinan juga mereka ini adalah penjenayah yang ingin mengakses facebook anda atau ada agenda lain seperti promosi iklan, spam.

5. Membuat kenyataan melampau
Kenyataan melampau sering kali dikaitkan dengan politik, mengajak untuk memberontak dan membuat gesaan demonstrasi jalanan. Biarlah ketua politik yang buat sebab mereka banyak duit, jika anda ditangkap kerana menghasut untuk demonstrasi adakah ketua politik itu nak jamin anda. Bukankah itu cari masalah namanya, guna akuan lain jika mahu buat juga. Memburukkan serta Menuduh artis seperti "artis ni curi kereta" "jahatnya artis ni memukul bapanya sendiri" juga boleh membuat anda disaman malahan orang biasa pun boleh menyaman anda. Lebih baik pastikan kenyataan itu benar sebelum berkongsi di Facebook.

6. Jangan Meng-Postkan gambar memalukan
Berkongsi gambar yang memalukan diri sendiri dan keluarga. Remaja mencari kemegahan dengan mengepost gambar tengah minum arak, bercium, berpelukan Juga secara senyap-senyap mengambil gambar kawan mabuk tunggang terbalik kerana menganggap lucu kerana ini akan memalukan diri sendiri dan keluarga serta kawan anda. Gambar-gambar bercium, berpelukan boleh diguna oleh orang tertentu untuk memalukan anda di masa hadapan terutama jika anda sudah berkahwin. Mulalah orang ini memburuk-buruk didepan suami anda menggunakan gambar.



2 comments:

  1. betul...!! tapi sekarang ni post yang macam2 tu la banyak kan.
    tahnkss yer de info. thankss jugak mengingatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..banyak lagi, ni baru 6 perkara saya buat. nanti saya buat entri ni part II pla.

      Delete

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors