Apa perbezaan White hat dan Black Hat SEO



black hat and white hat

White Hat dan Black Hat lebih senang digambarkan seperti malaikat (baik) dan syaitan (jahat), taktik black hat banyak digunakan penipuan, manipulasi dan macam-macam yang lebih kearah kejahatan tetapi ia mempunyai kelebihan jika digunakan dengan baik. White hat pula digunakan untuk kebaikan lebih diterima dan tidak melanggar syarat. Google SEO melihat ini semua taktik semulajadi, ia akan menjadi negatif atau "spam" apabila taktik ini disalah guna untuk SEO seperti link tersembunyi, lencongan tersembunyi (unusual redirects), text tersembunyi atau cloaking.


Apa itu white hat? ini bukan cerita pasal warna ye, ini adalah taktik yang dibangunkan untuk kegunaan masa kini. Cara ini adalah cara yang sah digunakan untuk meningkatkan SEO di mata Google kerana mengikut garis panduan yang di tetapkan. Siapa yang mengunakan cara baik dan bermain SEO mengikut peraturan akan dianggap "White Hat", kebanyakkan digunakan oleh dikalangan pengguna talian kini dan mempunyai reputasi tertinggi adalah melalui media sosial seperti facebook, twitter, myspace dan macam-macam lagi. Taktik ini juga biasa menggunakan iklan, komen, blogwalking, blog, forum dan lain-lain untuk mempromosi laman web mereka. 


Black Hat selalu di anti oleh carian enjin google kerana mengamal cara yang salah dan menggunakan laman web dummy. Laman ini dipenuhi link palsu dalam usaha untuk menipu carian enjin Google bahawa website mereka adalah popular. Taktik Black Hat bermaharajalela pada masa dahulu tetapi kini tidak lagi apabila Google telah mengetahui teknik ini dan telah mengawal cara Black Hat serta mengenakan sekatan serta-merta. Laman web yang diketahui menggunakan cara ini akan disenarai hitam dan tidak akan diindex oleh Google.




Responses

0 Respones to "Apa perbezaan White hat dan Black Hat SEO"

Post a Comment

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors