Ramai yang mengetahui virus tapi tidak mengetahui fungsi² virus ini. Mari kita lihat fungsi² virus yang mendiami computer malah telefon pintar kita.
VIRUS
Virus adalah satu ciptaan yang bertujuan untuk menganggu dan merosakan system komputer. Ianya dikatakan antara Malware pertama yang wujud.Virus boleh bersarang di banyak jeni fail. Sasaran utama virus adalah file yang mempunyai format seperti EXE, COM, VBS serta ianya juga boleh bersarang di dalam fail dokumen dan Boot sector komputer . Penyebaran ke komputer lain boleh dilakukan dengan pemindahan fail atau data dari satu komputer ke komputer yang lain, seterusnya ianya menukar format sesuatu fail sehingga ianya tidak dapat dibuka dan lebih parah komputer gagal beroperasi sepenuhnya.
MALWARE
‘Malware” adalah program komputer yang diciptakan untuk tujua mencari kelemahan dan kekurangan sesuatu perisian. Maksudnya bertujuan dicipta untuk tujuan merosakan dan mengagalkan operasi sesuatu perisian atau system pengoperasian. Contoh Malware adalah Virus, Worm, Wabbit, Keylogger, Browser Hijacker, Trojan Horse, Spyware, Backdoor, Dialer, Exploit dan rootkit .
WORM
Worm juga disebut sebagai Cecacing. Kalau virus bersarang pada suatu program atau dokumen, Worm i tidak demikan, malah ianya merupakan sebuah program yang berdiri sendiri dan tidak memerlukan sarang untuk merebak dan tidak memerlukan bantuan orang untuk tersebar . Melalui jaringan ianya boleh bertelur terutama jika kurangnya aspek keselamatan ditekankan dalam komputer. Setelah masuk ke dalam suatu komputer, Worm akan mengubah beberapa pengaturan di sistem operasi agar tetap hidup. Kebiasaannya, ia memasukkan diri dalam proses boot suatu komputer dan boleh mematikan akses ke Antivirus.
TROJAN HORSE
Kuda Horse adalah malware yang seolah-olah merupakan program yang seakan berguna, menghibur dan boleh menyelamatkan, Tetapi hakikatnya ianya adalah program yang merosakkan. Trojan Horse hakikatnya merupakan program yang ditunggang oleh Malware lain seperti seperti virus, worm, spyware. Jadi peranan Trojan Horse ialah digunakan untuk menyebarkan atau mengaktifkan malware ini.
SPYWARE
Spyware adalah sejenis program yang bertindak mengumpulkan dan mengirim informasi / maklumat tentang pengguna komputer tanpa diketahui dan disedari oleh pengguna komputer itu.
Yang diintip kebiasaanya bermula dari maklumat yang tidak beberapa penting semasa pengguna komputer melayari internet, sehingga lebih parah boleh mengintip maklumat seperti No. PIN maklumat Bank atau kata laluan emel. Kebiasaanya Spyware akan mencari tempat atau lokasi yang menjadi tumpuan pengguna seperti transaksi online atau ruangan chatting atau banyak lagi. Seterusnya maklumat tadi dijadikan batu loncatan bagi Spyware menampilkan iklan seperti yang berbentuk pop-up, contohnya berbentuk iklan perdagangan. Inilah yang dipanggil istilah Adware, dan penyebaran spyware ini mirip kepada Trojan .
Labels: Informasi
x kiralah guna apapun antivirus yg penting dia selalu update..
ReplyDeleteya itu yang paling penting.. saya virus yang lain xkesah sangat,yang bahaya spyware ni boleh curi maklumat kita secara senyap2. dia boleh tahu kita taip apa di keypad dan macam2 lg.
ReplyDelete