Cerita Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112)



cerita himpunan kebangkitan rakyat

Salam semua rakyat malaysia,kita sudah tahukan cerita "Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR #KL112" yang berlangsung pada 2.1.2013 sabtu baru-baru ni. Pelbagai cerita pahit manis yang disebarkan sepanjang Perhimpunan Kebangkitan Rakyat hari itu. Perhimpunan itu dianggap berjaya setelah berakhir secara aman tanpa kekecohan besar yang berlaku.

jam perhimpunan pakatan

Tujuan Perhimpunan ini bukanlah hanya suka-suka tetapi untuk menuntut hak mereka kepada kerajaan.
Tuntutan 8 perkara  "Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR #KL112" :

  1. Menuntut pilihanraya adil dan bersih.
  2. Bebaskan Tahanan ISA
  3. Martabatkan Bahasa Ibunda
  4. Selamatkan Kampung warisan & Tradisi
  5. Selamatkan Alam Sekitar
  6. Menuntut Pendidikan Percuma
  7. Selamatkan Felda
  8. Pulangkan Royalti Minyak Kelantan

Ucapan-ucapan disampaikan oleh pemimpim-pemimpim tertinggi tidak kurang juga orang yang berkepentingan.

4.14pm
Pemimpim tertinggi PKR Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan beliau. "Masa sekarang yang kita minta ialah beri peluang supaya ada suara rakyat menjadi suara keramat mentadbir negara ini. Suara rakyat, suara keramat," katanya.
Beliau meminta semua rakyat malaysia supaya memberi mandat kepada pakatan rakyat untuk memimpin negara.

3.51pm
Seterusnya ucapan disampaikan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Jadi ramai orang di sini hari ini, saya tidak mengira jumlah yang ada disini. Malah media tidak boleh mengira berapa ramai orang kat sini.
Kita berada ditempat-tempat yang bersejarah yang mana Merdeka telah diisytiharkan disini. Kuasa rakyat telah kembali ke negara mereka.
Rakyat malaysia telah memberikan kepercayaan kepada mereka(UMNO) selama lebih 50 tahun.
Kami menerima demokrasi berparlimen dan federalisme, Tetapi apa makna Kemerdekaan lebih 50 tahun bila rakyat masih menderita?


Pemimpin tertinggi DAP memberi ucapan:
Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
"Hari ini adalah sejarah kerana ia menandakan undur ke negara Malaysia yang baru di mana rakyat bersatu dan hidup dengan maruah, keadilan, demokrasi, dan integriti. Mereka yang berada di sini hari ini membuktikan bahawa perubahan bukan sekadar mimpi tetapi Malaysia baru adalah di tangan kita. petang ini, DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengenang kembali impian kami untuk Malaysia milik kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum. Semua ini milik anda.

Kira-kira 200 anggota polis yang ditugaskan hari ini telah melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna seperti yang diamanatkan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
Polis, tiada insiden tidak diingini berlaku sepanjang perhimpunan tersebut.

Himpunan Terbesar itu berlangsung secara aman walaupun ada sedikit kekecohan berlaku dihadapan pintu besar stadium, ia diakui sendiri oleh Mohamad Sabu. Kekecohan berlaku apabila rombongan pemimpin tertinggi pakatan bertembung dihadapan pintu utama stadium. Dilaporkan setiba rombongan pengiring ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rombongan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertembung di pintu hadapan, rombongan masing-masing mengarah sesama mereka untuk memberi laluan kepada pemimpin mereka. Disebabkan tempat itu sempit berlaku tolak menolak kekecohan berlaku selama 5minit dan dilaporkan ada individu ditumbuk. Keadaan berjaya dikawal oleh unit khas amal yang bertanggungjawab mengawal kawasan itu.

"Cuma terdapat insiden tolak menolak di pintu utama Stadium Merdeka dan dua warga emas pengsan kerana kesesakan dalam stadium dan dibawa ke hospital," katanya.
orang ramai berkumpul disekitar stadium 

ganasnya orang tua ni hehe 

orang ramai duduk mendengar ucapan


Responses

0 Respones to "Cerita Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112)"

Post a Comment

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors