Apa makna Google Honeymoon Period



tempoh temu janji google

Kepada blogger2 yang baru menceburi dalam dunia blogger perlu tahu apa itu "Tempoh Google Honeymoon", bunyi macam menarikkan dapat berbulan madu dengan google. Siapa tidak percaya google pun pandai bercinta,kali ni cintanya pada blog-blog yang baru dilahirkan.

Google Honeymoon adalah salah satu fenomena yang berlaku dalam indeks Google yang dikenali sebagai Honeymoon Google(bulan madu google). Google mengambil laman-laman yang baru dilahirkan untuk berbulan madu dengan webmaster, selama tempoh bulan madu itu Google mengasihi cintanya untuk meletakkan blog beliau pada halaman pertama pencarian Google(Google search) dalam masa 24jam dari mula tercipta. Kasih sayang antara Webmaster dan Google berterusan sehingga 1, 2, 4 atau kadang-kadang berterusan berminggu-minggu.
Selepas tamat tempoh bulan madu ini, Google akan mencari cinta barunya(blog) yang baru dilahirkan dan turunnya blog anda di mana sebenarnya tergolong dalam pencarian Google(Google search) kedudukan asal. Berikut bermula la tragedi webmaster yang telah mendapat kegagalan cinta daripada google.

Webmaster akan bingung berfikir berkali-kali "mengapa blog beliau jatuh dari halaman 1, ke halaman 3 atau 5 secara tiba-tiba". Seterusnya webmaster bergegas ke tempat chatting,forum dan sebagainya bertanya bahawa "apa salah blog saya". "adakah blog saya dihukum oleh google". "adakah saya ada membuat kesalahan pada google" dan sebagainya.

Jika blog anda mengalami masalah ini, tiba-tiba jatuh menjunam dari pencarian Google bermakna tempoh bulan madu Webmaster dengan Google bakal berakhir dan tiba masanya anda berjuang berdiri sendiri di pencarian Google seperti mana Webmaster2 yang lain. Perjuang anda bakal anda tempuhi dengan pahit manis dalam dunia blogger.

Adakan dalam tempoh bulan madu anda benar-benar teruja atau tidak?? hehe


1 comment:

  1. apa la yang budak baru buat blog dapat dalam masa singkat 2. kena goda google ni baru dia bagi lama sikit hihihi

    ReplyDelete

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors