Gambar - Mayat Berpangkat Jeneral di Kenal Pasti



mayat komander haji musa

Gambar - Mayat Jeneral Pencerobohan di Kenal Pasti | Hasil pemeriksaan Forensik mayat-mayat Penceroboh yang  dibawah ke hospital dikenali sebagai Jeneral Haji Musa. Komander Musa yang mengetuai Pencerobohan itu terbunuh dalam tembak-menembak dengan pasukan keselamatan di kampung Tanjung Batu pada 7 mac lalu.

Ketua Forensik Ops Daulat Superintendan Hussein Omar Khan telah sahkan bahawa mayat yang berpangkat Jeneral itu adalah Komander Haji Musa.

Haji Musa yang berumur sekitar 50-an dikenalpasti hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Lahad Datu.

Ini menolak desas-desus sebuah akhbar yang menyatakan bahawa mayat berpangkat Jeneral itu adalah Adik kepada Sultan Sulu (Abgimuddin Kiram).

Hanya 16 mayat dari 31 mayat Penceroboh dibawa ke hospital buat masa ini, mereka dibedah siasat oleh pasukan Patologi yang diketuai Datuk Dr Zahari Noor.

Ada yang mengatakan bahawa Jeneral Haji Musa Pernah tinggal di Sabah sejak dulu lagi.





Responses

0 Respones to "Gambar - Mayat Berpangkat Jeneral di Kenal Pasti"

Post a Comment

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors