Iran merupakan negara Syiah yang terbesar, kebanyakkannya Ahli Syiah dan hanya 30% islam Sunnah yang sentiasa ketakutan dihancurkan oleh kerajaan Syiah Iran setiap hari. Selain Iran, negara manakah lagi yang bersekongkol dengan Yahudi atau Zionis dengan menunjukkan diri mereka sebagai pejuang Islam sedangkan mereka sebenarnya bekerjasama dengan Yahudi atau Zionis?
Jawapan:
Iran
Yang paling dekat pada hari ini ada beberapa negara di mana ideologi Syiah telah berakar di dalam negara tersebut. Pertama Iranseperti yang semua sedia maklum, kedua Iraq pada hari ini.Iraq pada hari ini telah ditadbir oleh Syiah setelah jatuhnya Saddam Hussein. Guru saya berbangsa Kurdi, bangsa Kurdi ini ketika pemerintahan Saddam belasan tahun dahulu, Saddam pernah menghantarkan bom beracun yang memusnahkan ratusan ribu rakyat Kurdistan. Kurdistan ini negara bermasalah di hujung Iraq di mana statusnya juga bermasalah.
Keturunan guru saya semua habis mati dalam serangan bom racun tersebut, tetapi beliau berkata, pada hari ini apa yang berlaku di Iraq jauh lebih teruk daripada zaman pemerintahan Saddam, kerana Syiah setiap hari mencari ahlus sunnah untuk dibunuh, mereka mencari. Kalau dahulu orang boleh singgah solat di Masjid Husain (masjid Syiah diIraq) tetapi pada hari ini tiada siapa pun yang berani masuk.
Mungkin akan ada yang berkata mereka pergi kesana tetapi tidak berlaku apa-apa masalah. Tetapi sekiranya golongan Syiah ini mengetahui bahawasanya kita adalah pejuang panji-panji ahlus sunnah wal jamaah, maka berhati-hatilah kita.
Lubnan
Seterusnya ialah Lubnan. Mereka berjaya menjadikan Lubnan negara syiah ketiga. Hasan Nasrullah yang digambarkan sebagai pejuang disokong. Mereka mengaitkan pula hizbullah mereka dengan hizbullah yang disebut di dalam Al-Quran. Letaklah nama hizbullah dan sebagainya, tetapi kita melihat pada isi dan hakikatnya. Ramai yang pada hari ini memakai nama Muslim, memakai nama Islam, walhal hakikatnya bukan Islam.
Berapa ramai orang pada hari ini namanya Muhammad tetapi perangai tidak terpuji. Nama tidak semestinya menggambarkan hakikat melainkan nama Allah SWT dan sifat-sifat-Nya, juga Nabi SAW dan sifat-sifatnya.
Mereka ini menggunakan nama Hizbullah, saya melihat sendiri pada masa itu ketika saya di Jordan, saluran TV mereka Al-Manar kepunyaan Hizbullah setiap hari mereka menampakkan perbarisan mereka. Dalam perbarisan mereka mengangkat bendera-bendera Khomeini. Apa kaitan Khomeini dengan Lubnan? Nampak sangat mereka berusaha menjadikan Lubnan negara syiah yang ketiga, setelahIrandanIraq. Mereka berjaya.
Bahrain
Kemudian pada hari ini, Bahrainyang mana hampir 60% rakyatnya pro-Syiah. Bahrain bersempadan dengan Saudi, berseberangan dengan Dammam. Sebab itulah dapat kita lihat pengaruh Syiah itu ada di Saudi, walaupun kerajaan Saudi tegas, mana-mana tunjuk sahaja sepanduk terus mereka tangkap. Sebab itulah kerajaan Saudi menghantar tentera menolong Bahrain, kita pula di sini ada puak-puak yang tidak bertanggungjawab menuduh kerajaan Saudi hendak menjadikan Bahrain negara wahabi yang seterusnya. Laa-ilaaha-illallah. Siapa yang bercakap begini, itu tandanya dia terpengaruh dengan puak-puak Syiah. Siapa bercakap begini tandanya dia Syiah, sebab syiah sangat anti-ahlus sunnah.
Saudi mempraktikkan mazhab ahlus sunnah wal jamaah, cuma kecenderungan mazhab pegangan ibadah mereka lebih cenderung kepada mazhab Hanbali, itu sahaja. Periksalah apa yang mereka sebutkan dari sudut fiqh ibadah, mereka mengikut mazhab imam Ahmad bin Hanbal kebanyakannya. Syiah sengaja menggambarkan dan mewar-warkan Saudi mengganggu urusan tadbir Bahrain, sedangkan yang menimbulkan masalah dan membunuh polis ialah puak-puak Syiah Rafidhah di Bahrain.
Kemudian apabila mereka tidak berjaya kerana pemimpin di Bahrain ahlus sunnah (walaupun mungkin wujud isu korupsi atau apa pun tetapi yang penting akidahnya masih ahlus sunnah), jadi mereka pergi kepada Syria.
Syria
Siapa pemerintah Syria? Basyar al-Assad. Basyar al-Assad ini akidahnya Syiah Nushairiah. Dahulu kita tidak pernah mendengar istilah Nushairiah, tetapi pada hari ini kita dengar. Ulama terdahulu telah bahaskan Nushairiah ini secara detil. Mereka ini akidah Syiah yang lebih ekstrim, dipanggil kategori Bathiniyyah, agama bagi mereka lebih kepada simbolik, antaranya bagi mereka Ali itu Tuhan. Bahkan mereka sanggup mempertuhankan imam mereka, menabikan, dan merasulkan pemimpin-pemimpin mereka. Sehingga mendakwa malaikat Jibril telah tersalah menyampaikan wahyu kepada Muhammad, sepatutnya Jibril menurunkan wahyu kepada Ali.
Semua boleh tengok di youtube bagaimana orang yang taksub kepada Basyar Al-Assad menyembah gambarnya. Di Syria, Syiah lebih kurang 30% sahaja. 70% adalah ahlus sunnah. Jadi janganlah kita menyamakan isu yang berlaku diSyria, tentang bagaimana rakyatnya memberontak kerana lain isunya dengan apa yang berlaku di Mesir, Libya, dan Yaman.
Di Syria tekanan yang diberikan puak Syiah sangat dahsyat sehingga mereka menanam ahlus sunnah hidup-hidup, juga menembak ahlus sunnah beramai-ramai. Jadi kebangkitan di sana merupakan bangkit atas dasar mempertahankan akidah. Itu di Syria pada hari ini.
Libya
Seterusnya Libya. Libya juga pengaruh Syiah, tokohnya Muammar Ghaddafi cenderung kepada Syiah Fathimiyyah. Sebab itu di dalam ucapannya beberapa tahun lalu (sudah diterjemahkan) secara tegas beliau mengatakan “kita Daulah Fathimiyyah, Mesir tidak boleh lari, mereka juga adalah Daulah Fathimiyyah. Kita akan bangkitkan semula kewujudan Daulah Fathimiyyah.” Fathimiyyah ini Syiah, dan ulama-ulama Timur Tengah telah memfatwakan akidah mereka terseleweng dari akidah ahlus sunnah wal jamaah. Kebangkitan masyarakat Libya adalah atas dasar korupsi yang berlaku. Jadi unsur-unsur (syiah) itu ada.
Di Yaman, mati seorang sahabat kita, pelajar melayu di Dammaj tempat pengajian Darul Hadis Syaikh Muqbil Al-Wadi’i yang sekarang digantikan oleh muridnya Syaikh Yahya Al-Hajurri. Mati seorang pelajar kita disana. Syiah mengepung pusat Darul Hadis dan menembak. Kemudian mereka menganjurkan untuk membuat gencatan senjata. Tujuan membuat gencatan senjata adalah untuk mengalihkan mayat-mayat dan kebumikan, untuk mengosongkan kawasan. Akan tetapi ketika dalam gencatan senjata Syiah mula menembak. Syiah memang pembohong. Memang mereka bertaqiyyah kerana taqiyyah adalah sebahagian daripada agama mereka. Kata mereka, tidak ada agama kecuali bagi orang-orang yang ada taqiyyah. Taqiyyah ini ialah menyembunyikan akidah mereka dan menzahirkan sesuatu yang sesuai dengan realiti masyarakat. Jadi apabila mereka bersama-sama kita maka mereka berpura-pura menyokong kita, begitulah cara penampilan mereka.
Jadi itu antara negara-negara yang perlu kita perhatikan pada hari ini. Termasuk apa yang berlaku pada negara kita. Rakyat negara kita sudah sibuk berdemonstrasi kemudian mengangkat gambar Khomeini pula kenapa? Maknanya mereka cuba memasukkan dan melaksanakan agenda mereka, menyebarkan doktrin-doktrin mereka agar membentuk persepsi-persepsi positif tentangIran, Khomeini, dan agenda-agenda syiah.
Fasha Sandha bakal akan melahirkan anak pertamanya, Dia ternyata gembira setelah mengandung. Terbaru Nora Danish yang pernah bergaduh dengan fasha mendoakan Anak Fasha, kini mereka sudah menunjukkan sikap yang matang tidak bergaduh seperti dahulu lagi.
"Saya doakan Fasha dan bayinya selamat," itulah doa Nora Danish buat Fasha yang bakal bergelar ibu tidak lama lagi". Nora turut meluahkan perasaan gembira dan mengharapkan yang terbaik buat Fasha dan bayinya.
"Terus terang saya gembira kerana selepas ini Rayqal ada kawan baru," tutur Nora.
Walaupun pernah bermasam muka dengan Fasha sebelum ini, Nora menyatakan dia tidak mahu perkara lepas diungkit kembali.
Sembilan kampung yang menjadi lokasi pertempuran dan persembunyian militan dari selatan Filipina sepanjang Operasi Daulat telah digeledah dan disahkan bersih daripada ancaman pengganas.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata proses pemindahan penduduk yang mendiami pusat penempatan sementara ke kampung berkenaan giat dijalankan, kecuali Kampung Tanduo yang ditutup.
"Penduduk dari Kampung Sungai Nyamuk, Tanjung Batu, Tanjung Labian dan Tanagian yang ditempatkan di pusat penempatan sementara telah mula dipindahkan ke kampung masing-masing.
"Malah kawasan Sungai Bilis, Lok Sembuang dan Lok Buani juga telah selesai digeledah dan dibersihkan, dengan itu, boleh dikatakan seluruh kawasan Operasi Daulat telah bersih dan orang kampung juga telah dibenar untuk kembali ke rumah masing-masing," katanya dalam sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat
16 hari ini.
Beliau berkata tiga daripada empat dewan serba guna di Felda Sahabat yang dijadikan pusat penempatan sementara iaitu Fajar Harapan, Cenderawasih dan Gemala Pura juga telah ditutup kecuali Embara Budi disebabkan ada rumah penduduk yang mendiami pusat itu rosak sepenuhnya.
Beliau berkata walaupun pusat pemindahan sementara di kawasan Felda akan ditutup sepenuhnya, Operasi Daulat tetap diteruskan kerana fokus utama operasi ialah memastikan seluruh kawasan Lahad Datu, Semporna dan Sandakan benar-benar selamat.
Dalam perkembangan berkaitan, Hamza berkata lapan lagi individu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 didakwa di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu yang dijadikan mahkamah sementara.
"Sehingga kini, 16 orang yang ditahan di bawah Sosma telah dituduh di mahkamah," katanya.
Mengulas laporan media Filipina bahawa 100 orang memasuki perairan Sabah untuk membantu saki-baki pengganas, Hamza berkata: "Mereka boleh mengatakan apa sahaja tetapi saya telah nyatakan bahawa keselamatan di negeri Sabah adalah terjamin".
Dalam pada itu, Hamza berkata pasukan keselamatan mempunyai kepakaran tersendiri dalam menangani taktik pengganas yang mungkin cuba menyamar sebagai orang tempatan dengan berpakaian seperti penduduk kampung
Ramai dikalangan kita menggunakana Kipas Angin menghadap ke wajah ketika tidur, tabiat ini sangat tidak bagus kerana menggunakan cara begini ketika tidur akan membahayakan diri anda.
1. Kurang Oksigen
Tidur dengan wajah mengadap kearah kipas akan menyebabkan anda kekurangan oksigen dan sukar untk bernafas. Lebih teruk apabila anda tidur dalam bilik yang tertutup kerana akan menyebabkan udara tidak segar akan terperangkap dibilik anda.
2. Hiportemia
Terlalu terdedah dengan kipas atau AC masa tidur akan menyebabkan kita mengalami Hipotermia dan kekurangan air. Dalam kes ini kita tidak akan mengetahui sehinggalah terkena Hipotermia.
3. Menurunkan Suhu Badan
Suhu tubuh kita akan melalui penukaran suhu ketika tidur iaitu suhu badan akan menurun secara semulajadi, Jika anda tidur menggunakan kipas angin serta-merta suhu tubuh anda akan menurun secara drastik.
Selain menyukarkan mendapat oksigen ia juga menganggu tekanan darah. Kesannya akan menyebabkan masalah paru-paru dan jantung anda.
4. Kematian
Perkara yang paling teruk akan menyebabkan kematian, ini kerana anda menyedut udara Karbon Dioksida terlalu lama atau kandungan yang tinggi lalu anda akan pengsan dan meninggal dunia tanpa disedari. Bilik yang tertutup serta menggunakan kipas angin menghala ke wajah akan mengurangkan udara segar dan memerangkap Udara yang kita hembus iaitu udara Karbon Dioksida.
Anda boleh menggunakan kipas angin namun jangan menghala kipas itu kearah muka ketika tidur, pastikan menghadap kearah lain atau membiarkannya berpusing-pusing. Seeloknya buka sedikit jendela atau pintu bagi membenarkan Udara Segar memasuki ruang tidur anda.
99% daripada ayat-ayat di bawah adalah hasil daripada penulisan dan tidak di ambil dari mana-mana sumber sama ada elektronik atau secara verbal. Cuma hanya beberapa ayat saja yang di petik daripada sumber-sumber yang boleh di percayai.
Tidak sukar untuk berubah andai hati ikhlas untuk melakukannya.. Tetapi memang sukar untuk berubah jika hati yang memaksanya.. Semua yang berlaku adalah dari hati kita sendiri..
Aku Bukan Insan Luar Biasa Yang Bisa Menahan Semuanya..Aku Hanya Insan Yang Lemah Tetap Bergantung Daripada-Nya..
Setiap Manusia Ada Tahap Kesabaran Masing-Masing Begitu Juga Diri Ini..
Allah Telah Memberi Tahap Kesabaran Dan Ketabahan Yang Cukup Tinggi Dalam Diri Ini Untukku Menjalani Episod Cinta Ini..
Aku Bukan Pengarah Dalam Episod Cinta Ini..Aku Bukan Hero Dalam Episod Cinta ini..Tapi Aku Hanya Watak Sampingan Yang Tabah Melalui..
Dalam Diam Menyimpan Seribu Satu Rahsia, Bila Ditanya, Dijawab Tiada Apa-apa, Diri Cuba Untuk Memahami Tentang Dirinya, Tetapi Masih Kekal Dengan Seribu Satu Rahsianya..
Ya Allah Jika dia benar untukku Dekatkanlah hatinya dengan hatiku Jika dia bukan milikku Damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu Dialah permata yang dicari Selama ini baru kutemui Tapi ku tak pasti rencana Ilahi Apakah dia kan kumiliki Tidak sekali dinodai nafsu Akan kubatasi dengan syariat-Mu Jika dirinya bukan untukku Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Kalau kita CINTA dan SAYANG seseorang, kita mestilah dapat menerima mereka walaupun kita tahu kisah silam yang pernah di laluinya..dan apa yang penting adalah kejujuran, kesetiaan dan kepercayaan antara satu sama lain..
Jika ingin hati kita di jaga oleh orang lain, kita hendaklah menjaga hati orang lain dulu. Bak kata orang, Hormatilah orang lain dahulu sebelum ingin orang lain menghormati kita..=)
Kalau hati katakan SAYANG, KASIH, DAN CINTA.. Setinggi mana pun ujian yang datang akan di tempuhnya dengan redha.. Baginya orang yang dia SAYANG, KASIH dan CINTA itu lebih penting.. Walaupun terpaksa mengorbankan SAYANG, KASIH dan CINTAnya sendiri..
Bukan semua yang kita bayang akan dapat kita capai.. Bukan semua yang kita usaha akan terhasil dengan kehendak kita.. Bukan semua yang kita cari akan dapat kita temui.. Bukan semua yang kita nak akan dapat ke tangan kita..Tapi CINTA, KASIH, SAYANG tetap ada dalam hati kita walau apa yang kita bayang, usaha, cari dan nak tak dapat ke tangan kita..=)
Aku redha dengan ketentuan yang telah KAU tetapkan untuk hambamu ini..Usaha telah aku lakukan tetapi KAU sajalah Yang Maha Kuasa untuk menetapkan segalanya..
OPS DAULAT- Seorang individu lelaki dikenali sebagai Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman berasal dari Georgetown, Pulau Pinang dicari pihak polis hari ini bagi membantu siasatan berhubung Ops Daulat yang masih dilaksanakan ketika ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, lelaki itu dikatakan merupakan Yang Dipertua serta Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia (Al-Ehsan Islamiah) dan masih menjawat jawatan itu sehinga ini.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung individu ini diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis. Polis juga meminta individu ini tampil menyerah diri bagi membantu siasatan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Hamza berkata, lelaki itu masih berada di dalam negara dan alamat terakhir adalah di Pengkalan Weld, George Town.
Siapa lelaki ini, apa kaitannya dengan OPS DAULAT yang sedang dilancarkan sekarang?
Sungguh teruk manusia zaman sekarang, sehinggakan NABI MUHAMMAD SAW digunakan untuk kegunaan Politik. Sanggup dia menggunakan Nabi SAW, tiada sudah ke benda lain yang nak dibawahnya seperti Najib ke, Nik Aziz ke, Pak tongkol ke, Rosmah Gendut ke kenapa digunakan nama nabi juga? Jika orang yang sudah lama tiada digunakan seperti P. ramlee apakah perasaan yang anda rasa, inikah lagi nama Nabi kita..
Kenyataan Penolong Setiausaha Khairul Fahmi MatSom sangat-sangat biadap! Kenyataan yang dipaparkan melalui Akaun Twitternya berkata;
"Kalau NABI MUHAMMAD saw masih hidup sekarang ini, mungkin video seks Baginda pun Umno akan keluarkan.... Jahanam UMNO".
Khairul Fahmi mengaku bahawa dialah yang membuat kenyataan itu, akaunnya tidak digodam. Inilah kenyataan darinya yang sangat bodoh, kerana kenyataan sebegini sangat mengelirukan ummat Islam.
Saya tahu niatnya tidak bermaksud mahu menghina Nabi Muhammad SAW, tapi jika UMNO yang berkata sebaliknya apa yang anda fikirkan.
Wahai Khairul Fahmi, lebih baik anda tidak membawa nama nabi2 atau rasul2 Islam yang mampu mengelirukan Ummat islam dalam kancah Politik. Tidak perlu kaitkan Nabi Muhammad SAW dalam tipu helah UMNO, kita pasti faham maksud anda tapi saya sangat terkilan dengan kenyataan anda.
Percayalah walaupun UMNO penipu, pencuri, penindas, perosak bangsa namun mereka juga Parti Islam dan mereka juga akan menentang jika ada penghinaan terhadap NABI MUHAMMAD SAW. Ini mungkin hanya kerja individu sama seperti anda membuat kenyataan itu, tidak mewakili keseluruhan Parti.
Tahu ke kamu bahawa banyak nama-nama negara akan pupus dan tidak temasuk nama negara yang sama sekali sudah pupus dalam muka bumi ini sama ada ditukar nama atau melakukan pergabungan dengan negara lain tidas terkecuali yang sudah lenyap dalam perang kedua dan ketiga. Sebagai contoh terdekat Negeri Sabah memutuskan untuk menyertai malaysia pada awal tahu 60an.
Abyssinia
Nama lama bagi Ethiopia sehingga awal abad ke 2
Austria – Hungary
Sebuah kerajaan monarki ( juga dikenali sebagai Empayar Austro-Hungarian ), yang ditubuhkan pada tahun 1867 yang merangkumi kawasan ( pada hari ini )Austria, Hungary, Poland, sebahagian Czech Republic, Itali, Romania dan beberapa negaraBalkan . Empayar ini telah runtuh pada hujung Perang Dunia Yang Pertama . Basutoland
Bertukar menjadi Lesotho pada tahun 1966.
Bengal
Sebuah kerajaan yang merdeka dari tahun 1338 sehingga 1539 . Sekarang ini merupakan sebahagian dari negara Bangladesh dan India .
Burma
Nama nya telah ditukar secara rasmi kepada Myanmar pada tahun 1989 namun banyak negara/individu yang tidak menyedari perubahan ini dan masih mengenalinya sebagai Burma .
Catalonia
Sebelumnya adalah sebuah negara autonomi di Sepanyol . Pernah mendapatkan kemerdekaan dari 1932 – 1939 sebelum kembali menjadi daerah di negara tersebut .
Ceylon
Menukar nama menjadi Sri Lanka pada tahun 1972.
Champa
Terletak di bahagian tengah dan selatan Vietnam hari ini . Merupakan sebuah kerajaan dari abad ke 7 sehingga ia runtuh pada 1832.
Corsica
Pulau Mediterranean ini pernah diperintah oleh beberapa kuasa besar dan juga pernah beberapa kali mendapatkan kemerdekaannya . Pada hari ini , ia termasuk dalam negara Perancis .
Czechoslovakia
Berpecah secara aman pada tahun 1993 menjadi negara Slovakia danCzech Republic.
Jerman Timur & Jerman Barat.
Bergabung pada tahun 1989 dan membentuk Kesatuan Jerman .
Pakistan Timur
Memisahkan diri dari Pakistan pada tahun 1972 dan membentuk Bangladesh.
Gran Colombia
Sebuah negara di Amerika Selatan dari 1819 sehingga 1930 yang pada hari ini membentuk Colombia, Panama, Venezuela dan Equador . Negara Gran Colombia berpecah apabila Venezuela dan Equador memutuskan untuk keluar dari penyatuan.
Hawaii
Walaupun mempunyai kerajaan selama beratus ratus tahun, Hawaii tidak pernah diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka sehingga 1840. Setelah merasai kemerdekaan selama 58 tahun, akhirnya Hawaii menyertai United States Of America pada 1898.
New Granada
Merupakan sebahagian dari Gran Colombia dari 1819-1830, negara ini mendapatkan kemerdekaan pada tahun1830 sehingga 1858. Kemudian negara ini dikenali sebagai nama Grenadine Confederation (1858), United States Of New Granada (1861), United States Of Colombia (1863) dan akhirnya Republic Of Colombia (1886-sehingga sekarang).
Yaman Utara & Yaman Selatan
Yaman berpecah pada tahun 1967 dan membentuk 2 negara iaitu Yaman Utara ( Dikenali Sebagai Republik Arab Yaman ) dan Yaman Selatan ( Dikenali sebagai Republik Demokratik Rakyat Yaman ) sebelum kembali bersatu pada 1990 dan kembali menjadi Yaman.
Empayar Uthmaniyyah
Juga dikenali sebagai Empayar Turki, bermula dari tahun 1300 merangkumi kawasan selatan Russia, Turki, Hungary, Sebahagian Negara Balkan, Afrika Utaradan juga Timur Tengah . Empayar ini runtuh pada 1932.
Persia
Empayar Persia mengunjur dari Laut Mediterranean sehingga ke benua kecil India . Persia Moden telah ditubuhkan pada abad ke 16 dan semakin mengecil sehingga dikenali sebagai Iran pada hari ini .
Prussia
Menjadi koloni Belanda pada tahun 1660, dan bertukar menjadi kerajaan pada kurun selepasnya. Pada zaman kegemilangannya, ia merangkumi 2/3 negara Jerman dan wilayah barat Poland . Menjadi wilayah Jerman pada Perang Dunia Ke 2 dan terus dimansuhkan selepas itu .
Rhodesia
Bertukar nama pada tahun 1980 menjadi Zimbabwe .
Siam
Menjadi Thailand pada tahun 1939.
Sikkim
Sekarang ini merupakan daerah utara India . Sikkim merupakan sebuah kerajaan merdeka sejak dari kurun ke 17 sehingga 1975.
Vietnam Selatan
Wujud sekitar 1954 – 1976 sebagai wilayah anti komunis . Menyertai semula Vietnam selepas itu .
Southwest Afrika
Memperolehi kemerdekan pada tahun 1990 dan menukar nama menjadi Namibia.
Taiwan
Walaupun Taiwan masih wujud sehingga ke hari ini , ia masih dalam tuntutan negara China dan banyak negara masih belum mengiktiraf Taiwan sebagai negara merdeka . Taiwan adalah ibunegara yang pernah mewakili China ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu sehingga 1971.
Tanganyika dan Zanziba
2 buah negara ini bergabung pada tahun 1964 dan membentuk Tanzania.
Texas
Republic Of Texas mendapat kemerdekaannya dari Mexico pada 1836 dan kekal sebagai sebuah negara selama 9 tahun sebelum menyertai United States pada tahun 1845. Tibet
Tibet merupakan sebuah kerajaan sejak dari abad ke 7 sebelum dijajah oleh China pada tahun 1950. Kini ia merupakan sebuah wilayah autonomi China yang dikenali sebagai Xi Zang.
Transjordan
Menjadi Kerajaan Jordan pada tahun 1946.
USSR
Kesatuan Soviet telah berpecah kepada 15 negara pada 1991 iaitu Armenia, Azerbaijan, Belarus, Estonia, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Latvia, Lithuania, Moldovia, Russia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan Uzbekistan. Urjanchai Republic
Terletak di Selatan Tengah Russia, menjadi negara hanya selama 2 tahun iaitu dari 1912-1914, sebelum kembali menjadi wilayah dalam Russia .
Vermont
Pada 1777, Vermont mengisytiharkan kemerdekaan dan kekal sebagai sebuah negara sehingga 1791. Menjadi negara pertama yang menyertai United States selepas penyatuan 13 koloni awal.
West Florida
Menjadi Republik dengan dianggotai Sebahagian Florida, Mississippi dan Lousiana pada 1810 , namun kemerdekaan mereka hanya bertahan selama 90 hari.
Western Samoa
Menjadi Samoa pada 1998. Yugoslavia
Berpecah akibat dari perang etnik pada 1990 dan membentuk negara negara Bosnia, Croatia, Macedonia, Serbia & Montenegro dan Slovenia.
Zaire
Menukar nama menjadi Democratic Republic Of Congo pada tahun 1997.